Monday, 17 March 2014

.:: JOM BERHENTI MEROKOK ::.

Assalamualaikum dan hai pembaca yang prihatin dengan kesihatan sekalian :D

Kali ni saya nak berkongsi sedikit maklumat mengenai cara untuk menangani masalah ketagihan merokok.. :*

1) Bantuan kaunseling

berikut merupakan proses kaunseling untuk berhenti merokok.



2) Buang segala peralatan yang berkaitan dengan perbuatan merokok.

Bagi individu yang ingin yang ingin memulakan proses berhenti merokok, individu tersebut hendaklah membuang semua rokok, bekas rokok, dan paip rokok supaya individu tersebut tidak akan mula untuk merokok semula apabila terlihat benda yang berkaitan untuk merokok  




3) Menangani tekanan stress dengan sihat

Apabila seorang perokok mengalami masalah tempat kerja atau stress, mereka lebih cenderung untuk merokok bagi menangani stress yang di alami. sebagai individu yang sedang mencuba untuk berhenti,stress yang dialami boleh diatasi dengan memakan makanan yang sihat, bersenam dan banyakan minum air.


4) Ubat bantuan berhenti merokok.


·         i.Gula getah nikotin: Ia dikunyah dalam selang waktu yang ditentukan. Biasanya individu yang mendapatkan rawatan ini diberikan 10 keping gula getah untuk dikunyah dalam sehari. Selain gula getah, pelekat nikotin (nicotine patch) juga boleh digunakan unuk menggantikan gula getah dan ia lebih mudah kerana ia hanya perlu dilekatkan di kulit dan tidak perlu dikunyah


·         ii.Varenicline: Ini merupakan ubat yang menghasilkan nikotin separa agonis (nicotine receptor partial agonist). Tugasnya ialah untuk memastikan bahawa rokok yang dihisap tidak menyebabkan 'high' dan ketagihan dan pada waktu yang sama juga mengelakkan daripada rasa ketagihan asap rokok. Ia adalah baik untuk digunakan seminggu sebelum seseorang berhenti merokok. Sumber dari Wikipedia menyatakan: "As a partial agonist it both reduces cravings for and decreases the pleasurable effects of cigarettes and other tobacco products. Through these mechanisms it can assist some patients to quit smoking.".

  •  iii.Amfebutamone (Bupropion). Ubat ini adalah hampir serupa dengan dadah amfetamin. Ia bertindak meningkatkan rasa tenang dan oleh sebab itu, ia juga digunakan dalam merawat masalah kemurungan (depression). Ubat ini amat berkesan untuk menyelesaikan masalah ketagihan rokok dan jika dipakai bersama sama pelekat, maka keberkesanannya meningkat hingga ke 35.5%.
   Proses untuk berhenti merokok bukanlah sesuatu yang mudah tetapi ianya tidak mustahil untuk dilaksanakan. pastikan niatkan diri kepada Allah agar mendapat bantuan daripadaNYA..
sekian...XOXO :P 

 

No comments:

Post a Comment