Saturday, 22 March 2014

.:: ADA APA DENGAN SEBATANG ROKOK ? ::.

Assalamualaikum dan hai pembaca
yang prihatin dengan kesihatan sekalian :D


DEFINISI ROKOK : Rokok adalah tembakau yang dibalut berbentuk silinder samaada daripada kertas mahupun daripada pelbagai jenis daun berukuran antara 70mm hingga 120mm dengan diameter 10mm berbeza mengikut negara. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihisap melalui mulut pada hujung yang lain. (sumber: kamus dewan bahasa)

KOMPOSISI SEBATANG ROKOK:



Jika diteliti dengan sebaik-baiknya, komposisi sebatang rokok dipenuhi dengan segala jenis bahan kimia yang boleh membawa kemudaratan kepada si perokok aktif mahupun si perokok pasif. 
Antara bahan kimia yang akan kami bincangkan di sini ialah:


1) KADMIUM
  • Bahan kimia yang digunakan untuk membuat bateri 
  • Boleh menyebabkan kanser, merosakkan buah pinggang dan lapisan salur darah arteri.

2) NIKOTIN
  • Menyempitkan saluran darah
  • Meningkatkan kadar denyutan jantung dan menyebabkan jantung bekerja dengan lebih kuat
  • Cenderung kepada serangan jantung, strok, ulser usus dan perut.

3) KARBON MONOKSIDA
  •  gas beracun tanpa bau dan warna yang menghalang hemoglobin daripada membawa oksigen ke seluruh tubuh
  • Mengurangkan oksigen dalam darah menyebabkan nafas menjadi pendek.
  • Kurang stamina.
  • Gas ini dapat mengakibatkan keracunan sistem saraf pusat dan jantung

4) TAR
  •  Bahan lekit yang membunuh sel dan menyebabkan kanser peparu
  • 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.
5) NIKOTIN

  • dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan.
  • Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok

Walaupun hakikatnya, ramai yang sudah mengetahui tentang komposisi rokok ini, namun masih lagi dipandang sebelah mata sahaja oleh perokok-perokok tegar. Di kesempatan ini, kami memohon agar semua jelas tentang akibat-akibat buruk yang akan berlaku jika kita berterusan menyedut asap kimia yang berbahaya ini.

"Sayangi diri, Jauhi rokok''










No comments:

Post a Comment